Home Berita PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS Jelutong Anjur Program KIRAM

642
SHARE

JELUTONG, 8 JUN 2017: Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelutong (DMPKJ) hari ini telah , menganjurkan program Karnival Ibadah Ramadhan (KIRAM) bertempat di Markas PAS Kawasan Jelutong. Program ini turut mendapat kerjasama  PAS Kawasan Jelutong dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong (DPPKJ)

Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan sambutan bulan ramadhan yang mulia di samping meraikan golongan  yang kurang berkemampuan dalam masyarakat sekitar.

Program ini dimulai  dengan solat hajat berjemaah serta Perasmian Slot Munajat Muslimat PAS Jelutong  pada jam 10.00 pagi. Slot ini turut diisi dengan bacaan Yaasin secara  berjemaah serta kuliah tafsir bersempena sambutan hari Nuzul Quran (17 Ramadhan). Program munajat serta solat hajat ini akan dijalankan secara berkala sebagai persediaan ruhiyyah kepada seluruh jawatankuasa Muslimat Pas Jelutong bagi menghadapi gelombang PRU14.

Usai Solat Zohor, program diteruskan pula  dengan slot pembahagian sumbangan ‘Kasih  Ramadhan’ kepada 20 keluarga terpilih yang terdiri daripada ibu tunggal serta orang yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Sungai Pinang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ialah Yang Di Pertua PAS Kawasan Jelutong,  Ustaz Muhammad Imran Muhammad Saad dan Yang Di Pertua PAS Kawasan Tanjong, Tuan Yaacob Omar.  Kedua-duanya  mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan penganjuran KIRAM serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh jawantankuasa muslimat PAS kawasan. Mereka turut melahirkan harapan agar program ini lebih mendekatkan masyarakat setempat  dengan PAS serta   sumbangan yang  dihulurkan  dapat memberi sedikit keceriaan kepada golongan  yang kurang berkemampuan. Slot pengagihan sumbangan ini berakhir pada jam 3.30 petang.

Ketua Muslimat PAS Kawasan, Pn Salbiah melahirkan rasa syukur kerana program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Beliau menyatakan bahawa  program yang dijalankan ini  mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan. Para penerima sumbangan begitu gembira dan terharu di atas sumbangan yang diterima. Muslimat PAS Jelutong amat  berharap agar program sebegini dapat diteruskan sebagai salah satu program tahunan sekaligus dapat mendekatkan PAS itu sendiri di hati masyarakat setempat khususnya DUN Sungai Pinang.

{jathumbnail off}