Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Bina Hubungan Dua Hala Bersama YAB TPM

943
SHARE

PUTRAJAYA, 13 Ogos : Rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) diketuai oleh Timbalan Ketua, Dr Rosni Adam telah hadir ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri khusus untuk membina hubungan baik serta menyuarakan isu yang berkaitan wanita untuk diambil perhatian oleh YAB Dato’ Seri Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir dalam sesi perbincangan dua hala tersebut ialah; Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, Penolong Setiausaha 1 DMPM, Pn Norhafiza Fadzil, YB Senator Asmak Husin, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN (HEPDUN), Dr Halimah Ali serta Ahli Jawatankuasa Lajnah HEPDUN DMPM.

 

Antara perkara yang disuarakan oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia adalah;

1. Isu Wanita dan definisinya sebenar kerana telah timbul golongan yang bukan wanita tetapi mengaku sebagai wanita.

2. Isu Pembelaan Wanita yang teraniaya dengan cadangan agar YAB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat merealisasikan Tawaran Wanita Sejahtera iaitu Menubuhkan Tabung Wanita Sejahtera bagi membela golongan wanita.

Selain itu, DMPM mencadangkan penubuhan Pengendali Kediaman Professional bagi membantu wanita bekerjaya di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada wanita-wanita dan juga mengiktiraf kerja sebagai pembantu rumah.

3. Isu Kekeluargaan iaitu mengambalikan tradisi keluarga besar sebagaimana dahulu kala bagi menangani isu anak-anak terbiar dan tidak terbela apabila berlaku sesuatu dalam keluarga kecil.

Membudayakan konsep keluarga besar iaitu konsep menjaga keluarga secara bersama;

Jika sebuah keluarga bermasalah maka ahli-ahli keluarga yang lain akan ambil cakna perihal anak-anak yang menjadi mangsa keadaan keluarga – peranan ahli keluarga lain membantu mengambil ahli tugas keluarga kecil.

4. Isu Pencabulan Hak Wanita Muslim dalam Menjalankan Syariat sebagai Seorang Muslim iaitu antaranya hak menutup aurat di tempt kerja sebagaimana termaktub dalam perlembagaan iaitu wanita muslim berhak menjalankan kewajipan sebagai wanita muslim.

5. Isu Keselamatan Wanita di tempat awam, pusat membeli belah, tempat kerja dan kawasan parkir kereta.

6. Isu kesihatan Wanita, Mental Ilness perlu ada kajian dan solusi.

7. Isu LGBT; perlu ada tindakan yang membawa kepada kefaahaman dan pendidikan dalam masyarakat agar isu ini diselesaikan dengan baik dan cermat.

Muslimat PAS berpendapat bahawa golongan LGBT perlu dibantu dan dirawat sebaiknya kerana mereka tergolong dalam golongan yang berpenyakit, bukan diberikan galakan untuk mereka meneruskan budaya songsang mereka.

8. Mewujud dan memperkasa Jawatankuasa Perundingan Wanita yang melibatkan NGO dan parti-parti politik bagi sama-sama bertanggungjawab menjaga kepentingan wanita dan memberdayakan wanita.