
Oleh : Nur Fathihah Fatin
9 September 2020
SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Sandakan telah menyerahkan sumbangan pelitup muka dan cecair pencuci tangan kepada Kelas KAFA Kampung Sim Sim dan Kelas KAFA Taman Mesra di daerah ini semalam.

Sumbangan itu disampaikan lanjutan aktiviti kebajikan yang dilaksanakan PAS Sandakan sebelum ini yang sentiasa mendekati masyarakat memerlukan termasuk pusat pendidikan.
Selain itu, ia sekaligus bantuan bagi menghadapi Covid-19 kepada Kelas KAFA yang telah membuka sesi persekolahan dalam tempoh PKPP yang perlu mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa.

Hadir mengetuai rombongan ialah Timbalan Ketua DMPK Sandakan, Misnah Azman, Ketua Lajnah Kebajikan DMPK Sandakan, Umie Kalsum Abdul Majid serta beberapa orang ahli jawatankuasa.
Seramai 160 orang pelajar dan 8 orang guru di KAFA Sim-Sim serta 200 orang pelajar dan 9 orang guru di KAFA Taman Mesra telah menerima manfaat daripada sumbangan kebajikan yang dilaksanakan itu.
