Home Berita PAS Perlis

Muslimat Muda Perlis berusrah secara maya

307
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 15 Jun: Menyahut seruan kepimpinan parti yang mahu aktiviti tarbiyah terus berjalan meskipun ketika pelaksanaan PKP Penuh, Unit Pengundi Muda (UPM) Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah mengadakan program Usrah Perdana Muslimat Muda baru-baru ini.

Program berkenaan disertai oleh seramai 103 orang peserta.

Mereka terdiri daripada para AJK Ameerah, Briged Muslimat dan Nusaibah di peringkat negeri dan kawasan.

Turut sama menyertai usrah yang diadakan secara maya menerusi platform Google Meet itu ialah para guru PASTI Negeri Perlis serta guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah kelolaan PAS di negeri ini.

Dua orang pimpinan DMPNPs hadir selaku pengisi slot. Mereka ialah Ketua Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat yang mengisi slot tauhijat dan Ustazah Rokiah Abd. Lateh selaku naqibah jemputan.

Ketua UPM Perlis, Nuha Che Man ketika dihubungi berkata, kehadiran peserta dalam jumlah yang ramai membuktikan para muslimat muda di negeri ini sememangnya dahagakan pengisian ilmu.

“Wasiat Sayyid Al-Qutb yang menjadi tajuk usrah kali ini cukup bermakna serta menjadi motivasi buat kami untuk terus istiqamah melaksanakan kerja-kerja jamaah yang dipertanggungjawabkan ke atas muslimat muda.

InsyaAllah program usrah seperti ini akan terus dijalankan oleh UPM Perlis untuk memantapkan fikrah dan roh perjuangan para muslimat muda, sama ada secara maya atau bersemuka, bergantung kepada kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan,” katanya.