Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat Lembah Pantai Sertai Ziarah Mega PAS Kawasan Wangsa Maju

744
SHARE

Lembah Pantai, 11 Nov 2017- Beberapa orang muslimat PAS Lembah Pantai bersama-sama turun ke medan lapangan bagi menyertai ziarah secara mega bagi kawasan Wangsa Maju di Surau Nurul Muttaqin,Taman Melati pada jam 8.00 pagi.

Pengarah JPrK, Saudara Izamudin bin Ludin, dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan semua ahli PAS dari kawasan lain yang sekaligus memeriahkan lagi penganjuran program tersebut.

Program ziarah yang antara tujuannya untuk mendekati komuniti dengan lebih dekat secara tidak langsung dapat memperkenalkan PAS kepada masyarakat setempat.

Wangsa Maju merupakan kawasan ketiga selepas Titiwangsa dan Bandar Tun Razak yang turut mengadakan ziarah menyantuni pengundi di kawasan masing-masing.

Program ini tamat pada jam 12.30 tengahari.