Home Berita PAS Wilayah

Muslimat diajak teladani ibu Imam Syafie

Oleh Nurafida

239
SHARE

BUKIT BINTANG, 26 Mac: Muktamar Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) kali ke-40 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Adamson, semalam.

Muktamar pasca Pilihan Raya Umum ke-15 ini membawa tema ‘Muslimat Penggerak Kemenangan’ di mana lebih 150 orang hadir bagi menjayakannya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat antaranya Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya, Ketua Serikandi BERSATU Wilayah Persekutuan, Zuryati Md Osman dan Ketua Wanita Gerakan, Ung Lee Wah

Ustaz Azhar Yahya dalam ucapan aluannya menzahirkan rasa syukur atas penubuhan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang telah memasuki tahun ke-40 di mana ia menandakan fasa kematangan.

Sehubungan itu beliau turut mengajak semua para muktamirat yang hadir untuk sama-sama meneladani kisah ibu Imam Syafie yang telah berjaya melahirkan seorang mujtahid yang sangat disegani dan menjadi tempat rujukan umat Islam.

“Ibu Imam Syafie sangat mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap keperluan anaknya dalam menuntut ilmu sehinggakan beliau sanggup membawa Imam Syafie dari tanah kelahirannya di Palestin ke Mekah seawal usia 5 tahun untuk menuntut ilmu dalam bidang Hadis dan Feqah,” ujar beliau.

Menurut beliau, Ibu Imam Syafie ini telah menjadi seorang ‘arkitek’ yang berjaya dalam mencorakkan seorang peribadi mujtahid yang hebat melalui asuhannya dan dengan izin Allah SWT.

Demikian beliau berharap agar kisah ibu Imam Syafie tersebut memberi inspirasi buat seluruh penggerak Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan untuk mencorakkan lebih ramai ahli yang persis mujtahid sehebat Imam Syafie ini.