Home Berita PAS Sarawak

Muslimat Batang Lupar Santuni Warga Kampung Hulu Pusa

897
SHARE

29 Oktober, Ahad – “You are not in their shoes,you’ll never know how they feel”. Kesusahan takkan dapat difahami, kecuali oleh orang yang benar-benar mengalaminya. Benarlah, pemimpin yang baik itu bukannya yang hebat berpidato di pentas tetapi pemimpin yang berjiwa rakyat dan bermanfaat pada orang lain itulah yang terbaik.

Hari ini, muslimat PAS Batang Lupar telah beraksi di gelanggang bersama-sama rakyat di Kampung Hulu Pusa seawal pukul 9.00 pagi sehingga tengahari. Antara aktiviti utama yang diadakan adalah pemeriksaan percuma melibatkan pemeriksaan mata, pemeriksaan paras gula dalam badan dan juga pemeriksaan tekanan darah. Pemeriksaan kesihatan ini disambut baik oleh kira-kira 23 orang penduduk kampung. Muslimat-muslimat PAS ini menyantuni semua golongan masyarakat termasuk golongan warga emas dan golongan miskin di Kampung Hulu Pusa ini tanpa sebarang prejudis dan perbezaan politik.

Tak lekang dari mulut sukarelawan muslimat PAS dengan perkongsian mengenai zikir-zikir dan pesanan mengenai kesabaran agar menerima ujian kesusahan dan kesakitan oleh Allah itu dengan berlapang dada dan redha. Dalam surah al-Baqarah ayat 286 Allah telah menyatakan bahawa Dia tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Semoga semua ujian kesihatan yang dihadapi dapat dihadapi dengan hati yang tenang.

Akhir sekali, kerendahan hati muslimat-muslimat PAS Batang Lupar telah berjaya menyentuh hati penduduk-penduduk kampung yang bersama dalam pemeriksaan kesihatan tersebut. “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-geriknya teringat mati, hadis riwayat Hakim”. Diharapkan agar rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan pejuang-pejuang Islam ini serta seluruh penduduk Sarawak Darul Hana ini. Amin.