Home Artikel PAS Selangor

Muslimat Bangi Bersama menjayakan World #QuranHour

82 views
SHARE

BANGI, 30 MEI : Sempena World #QuranHour yang berlangsung di seluruh negara hari ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi (DMPKB) telah berkoloborasi dengan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) untuk bersama-sama menghayati intipati AlQuran melalui aktiviti bacaan dan tadabbur.

Kali ini, Surah AlKahfi dipilih untuk mengetahui peranan wanita yang boleh digali berdasarkan hikmah dalam surah tersebut.

Ustazah Nor Zarina yang merupakan penceramah jemputan pada program kali ini telah berkongsi 4 kisah dalam surah AlKahfi untuk seluruh golongan wanita bersedia dalam menghadapi pelbagai ujian keduniaan.

” Ujian dunia ini terdiri dalam pelbagai bentuk. Antaranya ada yang berbentuk ancaman kezaliman pihak berkuasa, godaan keduniaan, cabaran keilmuan dan pemimpin yang menyalahgunakan kuasanya serta tipu daya dajjal akhir zaman.

” Hanya dengan berpegang teguh dengan pertunjuk al-Qur’an yang diwahyukan kepada baginda RasululLah saw, tidak mencampur adukkan amal soleh dengan perkara syirik sahaja kita dapat menjalani kehidupan ini di atas siratal mustaqim dan berjaya mencapai mardhatillah dunia dan akhirat.”

Pengisian tadabbur surah AlKahfi ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada semua yang hadir dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang