Home Artikel PAS Selangor

Grab Foods For Needy Oleh Muslimat PAS Bangi

68 views
SHARE

BANGI, 30 MEI : Muslimat PAS Bangi telah mewujudkan aktiviti Grab Foods Needy sempena bulan Ramadhan bagi membantu golongan memerlukan di Parlimen Bangi.

Puan Hamsatul Hamzah berkata, aktiviti terbabit bertujuan membantu meringankan beban kehidupan masyarakat hari ini dengan penyediaan juadah berbuka puasa buat keluarga terpilih yang terdiri daripada mereka yang memerlukan

“Grab Foods For Needy dibuat oleh Muslimat Bangi diambil dari motivasi hadis Rasulullah SAW tentang besarnya pahala memberi makan kepada mereka yang berpuasa.

 

“Antara cawangan yang telah menjalankan aktiviti ini adalah muslimat PAS di Bandar Baru Bangi, Taman Desa Baiduri, Taman Sutera Kajang dan Taman Koperasi Cuepacs Cheras di mana ia merangkumi DUN Sg Ramal, Kajang dan Balakong.

Selain daripada menghantar juadah berbuka puasa ke pintu rumah golongan memerlukan, muslimat PAS Bangi turut membuat penajaan juadah berbuka di Madrasah Cheras Perdana, Taman Cheras Utama dan tapak gerai Pasar Ramadhan Sungai Tangkas buat penduduk sekitar.