Home Berita PAS Wilayah

Muslim Care Malaysia santuni golongan terjejas

1084
SHARE

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Muslim Care Malaysia dengan kerjasama ahli jawatankuasa Surau At Taqwa dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sentul Tengah telah menyerahkan 100 bakul barang keperluan dapur kepada warga Flat Sentul Utama, semalam.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan.

Bantuan ini merupakan antara tindakan pantas MPP Sentul Tengah yang baru dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan sangat terkesan kerana terputus sumber pendapatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal memasuki Fasa ke-4 ini.

Turut bersama dalam majlis penyampaian sumbangan ini adalah Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff.

Pengerusi MPP Sentul Tengah, Haji Abu Bakar Abd Rahman, Pengerusi Surau At Taqwa, Haji Mohamed Ali Mohamed Isa, AJK Muslim Care Malaysia, Dr ‘Uyun Malek dan Setiausaha MPP Sentul Tengah, Zurina Din adalah antara yang turut hadir.

“Sampaikan salam saya dengan ucapan Assalamualaikum kepada seluruh warga Parlimen Batu,” pesan YB Dato’ Siti Zailah semasa memberi sepatah dua kata dalam majlis tersebut.