Home Berita PAS Pahang

Murid PASTI Luqman Al-Hakim akhiri pra-sekolah dengan Hari Anugerah Prestasi

165
SHARE

Oleh: KHASDI KOSNIN

INDERA MAHKOTA, 28 Feb :: Seramai 63 orang murid yang bakal meninggalkan alam pra-sekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Luqman Al Hakim (PLAH) telah diraikan dalam suatu majlis Sambutan Hari Anugerah PLAH di Dewan Kolej Komuniti Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota Ustaz Zulfadhli Zakaria dalam ucapan perasmiannya telah menzahirkan penghargaan buat guru-guru PLAH atas usaha gigih mereka kerana telah berjaya mendidik anak-anak PASTI itu sewaktu pandemik covid-19 yang sememangnya mencabar.

“Pengajaran dan pembelajaran (PnP) dalam talian semasa PKP telah dilaksanakan dengan berjaya sehingga menjadikan murid-murid berupaya untuk membaca, menulis, menghafal serta mengira.

“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan pada semua guru dan ibu bapa yang memberi kerjasama dalam proses pembelajaran dalam talian yang dijalankan selama ini dan terus menyokong perkembangan PASTI di Semambu.

PASTI merupakan sebuah entiti pendidikan awal kanak kanak Islam yang berjaya melahirkan murid-murid berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Seorang murid bernama Kahulah Mohd Zulhilmi yang dianugerahkan Tokoh Murid PLAH Tahun 2022 telah dinobatkan sebagai murid yang berdedikasi, proaktif dan berjiwa kental sewaktu menjalani PnP  di musim pandemik Covid-19.

Semua murid diraikan dengan menerima medal, sijil penyertaan dan beg sekolah sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan.