Home Berita PAS Perlis

Munajat Santapan Rohani Muslimat PAS

926
SHARE

PADANG BESAR : Berlatarbelakangkan  landasan kereta api dan sawah padi yang indah terbentang, disulami hembusan bayu dingin dan mempesona, begitulah gambaran suasana program Gelombang Munajat yang telah diadakan di kampung Kok Mak, Titi Tinggi, Padang Besar kelmarin.

Program bermula pada pukul 10 pagi dengan dihadiri oleh Naib Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Ustazah Rosmawar bt. Amin dan Ketua Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Besar, Puan Muzalifah bt Zulkifli serta para petugas muslimat dalam DUN Titi Tinggi, Padang Besar. 

Program munajat ini berkonsepkan pengisian rohani & ilmu pengetahuan tentang Islam. Pengisian telah disampaikan oleh Ustazah Rosmawar bt. Amin.

Ustazah Rosmawar  dalam ucapannya, mengingatkan para peserta akan peri pentingnya taqwa dalam diri setiap petugas parti. Beliau turut menggesa seluruh muslimat agar tidak memandang rendah kepada keperluan berdoa, kerana ianya merupakan senjata umat Islam.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi bacaan surah Yassin, Asmaul Husna, selawat beramai-ramai. 

Gelombang Munajat adalah program rutin bagi setiap kawasan yang dikelolakan oleh Lajnah Tarbiyah & Perkaderan Dewan Muslimat PAS Perlis. Untuk kali ini, program munajat telah diadakan dengan kerjasama Lajnah Pilihanraya dan Lajnah Pemerkasaan Parti.

{jathumbnail off}