Home Berita PAS Terengganu

Munajat rakyat tuntut royalti ditangguh

16
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengambil keputusan bagi menangguhkan program Munajat Rakyat Kembalikan Royalti yang sepatutnya bakal dilangsungkan pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah & Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program terbabit akan diadakan pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

“Saya ingin memaklumkan bahawa program Munajat Rakyat Terengganu pada 6 April ini ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

“Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat atas sokongan dan dukungan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha ini,” ujarnya melalui suatu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berharap rakyat terus memberikan tumpuan terhadap ibadat puasa serta meningkatkan amalan dan berdoa pada hari-hari terakhir Ramadan ini agar negeri Terengganu serta rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.

“Di akhir Ramadan ini, marilah sama-sama kita terus memperbanyakkan doa agar negeri kita diberkati dengan pemimpin yang adil dan penduduk yang beriman lagi bertakwa,” ujarnya