Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor
Teluk Intan , 25 Ogos : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Muslimat Teluk Intan telah menganjurkan program Munajat Akifi bertempat di Dewan Abdul Hir, Kompleks Pas Teluk Intan (KOMPASTI), semalam.
Seramai hampir 30 orang Muslimat hadir daripada setiap Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) bagi memohon agar diberi kekuatan rohani dengan zikir munajat akifi sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya ke-15 nanti.
‘ Muslimat perlu mengenal pasti setiap individu di lokaliti masing-masing agar proses cula undi berperanan dengan baik.’ kata Pengarah Jprp Muslimat, Hamisah Abas ketika menyampaikan taklimat pada program petang tersebut.
Menurutnya lagi, tampilkan sikap yang baik dan berhemah dan hindarkan sengketa bagi meyakinkan pengundi bahawa hanya Parti Islam sahaja yang dapat memberi keselamatan dan keharmonian kepada semua manusia.
Memetik ayat 111, Surah at Taubah menyedarkan kita bahawa, Allah membeli diri (maupun) harta orang-orang Mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan balasan syurga. Bergembiralah, kerana janji Allah adalah benar. Itulah kemenangan yang agung.
Turut hadir, Setiausaha Muslimat, Saadah Abas, Ketua Lajnah Tarbiah, Asilawati Mohamad dan ahli jawatankuasa yang lain.