Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan Kali Ke-32

391 views
SHARE

Alhamdulillah, Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan telah selesai bermuktamar pada 8 April 2017 yang memperlihatkan perlantikan kepimpinan baharu selepas wujudnya beberapa pertandingan.

Dalam Pemilihan tersebut,

Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan sesi 2015-2017, Saudara Khairul Yazman Yahaya telah terpilih sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Ustaz Nor Azman Mohamad. Kerusi Timbalan Ketua Pemuda pula menyaksikan pertandingan antara Pengarah PASTI NEgeri Sembilan sesi 2015-2017, Ustaz Shazwan Zulkifli dengan Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan, Ustaz Mahfuz Roslan, manakala bagi Naib Ketua Pemuda pula menyaksikan pertandingan antara Ustaz Mahfuz Roslan dengan Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Ustaz Muhammad Farid Hadhari Mohd Rusdi.

Berikut merupakan senarai penuh Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS NS Sesi 2017-2019 yang telah terpilih :

Pengerusi Tetap :
Ustaz Mohd Fuad Othman

Timbalan Pengerusi Tetap :
Saudara Abu Zarim Abd Rahman

Ketua Pemuda:
Saudara Khairul Yazman Yahaya

Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Mahfuz Roslan

Naib Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Farid Hadhari Mohd Rosdi

Ahli Jawatankuasa (10 orang)
1. Tuan Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin
2. Ustaz Muhammad Azwan Rosdi
3. Dr Muhammad Azhari Wahid
4. Saudara Anas Kamaruddin
5. Saudara Abdul Rahman Arshad
6. Saudara Al Husna Amin
7. Ustaz Mumtaz Harun
8. Ustaz Mohd Fahri Maarof
9. Ustaz Najmuddin Rabbani Mustaffa
10. Ustaz Nuruddin Zanki Hamzah

Muktamar yang dihadiri oleh perwakilan-perwakilan daripada seluruh Dewan Pemuda Kawasan dalam Negeri Sembilan ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap ADUN Tepoh, Terengganu.

Dalam ucapan perasmian, Ustaz Hishamuddin menyentuh segala aspek dan permasalahan yang timbul dari sudut Tarbiyah, Dakwah dan Siasah, di samping turut sama menyentuh isu pengurusan dan hal ehwal Islam semasa, serta berkongsi ibrah para Anbiyak dalam mengharungi perjuangan dakwah.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan yang berlangsung diserikan dengan peringatan-peringatan oleh para perwakilan agar bermuhasabah bersama dengan gerakerja Pemuda negeri, dan perkukuh tautan ukhuwah yang seharusnya perlu disemai oleh semua pihak.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Negeri yang baharu mengingatkan agar tiada lagi isu label-melabel antara sesama ahli PAS Negeri Sembilan. Fokus pada matlamat PAS untuk terus mendaulatkan Islam di Negeri Sembilan.

Insha-Allah.

#MengukuhIstiqamah
#MemacuKemenangan
#BertekadMelebarMuafakat

Disediakan oleh:
Media JITPNS

 

{jathumbnail off}