Home Artikel PAS Sarawak

Muktamar Muslimat Pacu Usaha ke PRN Sarawak

130 views
SHARE

KUCHING: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak Kali Ke-14 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Grand Continental, di sini semalam.

 

Muktamar kali ini menyaksikan kehadiran penuh perwakilan dari Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya selaku tuan rumah bersama Samarahan, Batang Lupar, Sibu, Bintulu dan Miri.

Turut serta memeriahkan perhimpunan wajib yang dirasmikan Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor ini ialah empat PAS Kawasan penaja.

Antara disentuh beliau dalam ucapan perasmiannya adalah mengenai tenaga kerja dalam kalangan Muslimat Muda untuk kekal komited di Sarawak.

Pada Ucaptama Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Adin bertema “Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”, beliau menyeru pegangan teguh pada Al-Quran dan hadis.

Muktamar ini juga diserikan oleh pelancaran kempen 1Muslimat RM1,000 (1MRM1K) ke arah persediaan dana PRN Sarawak yang bakal berlaku bila-bila masa.

 

Turut serta selaku wakil pemerhati tetap Muslimat PAS Malaysia ialah Dr Uyun Abdul Malek yang berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan muktamar ini.

 

Penulis : Laila Muhammad