Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Muktamar DUPP : Debaran Yang Dinantikan

487 views
SHARE

MUKTAMAR DEWAN ULAMAK PAS: DEBARAN YANG DINANTIKAN

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Terengganu, 13 Sept – Debaran dan penantian yang dirasai ahli-ahli PAS seluruh Malaysia diakhiri dengan bermulanya Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat dimulakan sesi pendaftaran di awal pagi dan dijangka tamat pada jam 10 malam yang diadakan di Hotel Permai Kuala Terengganu.

Muktamar kali ini merupakan muktamar kali pertama setelah bertukarnya kerajaan BN kepada kerajaan PH dan dijangka akan berlakunya perbahasan-perbahasan yang hangat membabitkan hala tuju PAS terutamanya terhadap kerjasama bersama UMNO untuk menghadapi PRU 15.