Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
28 Julai 2019
PUTATAN : Briged Muslimat Putatan bersama dengan Ameerah Putatan telah menganjurkan Program Mujahidah Hikers 1.0 bertempat Bukit Kopungit, Kota Kinabalu pada 27 Julai 2019.
Julung kalinya dua entiti ini bekerjasama. Program ini juga salah satu objektifnya mengeratkan hubungan silaturahim sambil beriadah dikala masa harian dilanda dengan kesibukan pekerjaan masing-masing.
Selain itu, Gunung Kinabalu dapat dilihat dari jauh Bukit Kopungit. Ia dapat menarik perhatian pengunjung yang menaiki bukit ini.
Pendakian turut diisi dengan pengisian dengan tajuk “Kepentingan Beriadah”. Antaranya isinya menolong badan membuang sisa makanan dengan cara stabil dan aktif. Selain itu, membantu badan terkena daripada penyakit.
Bersukan amat digalakkan dalam Islam untuk mengelakkan umat Islam tidak bermalas-malasan dan sentiasa cergas. Syaratnya tidak melanggari panduan yang Islam gariskan. Nantikan Mujahidah Hikers 2.0.