“Raya Haji atau’ Idul Adha merupakan ibadah yang mulia disisi agama. Dihubungkan dengan ibadah korban adalah manifestasi dari pengorbanan Nabi Ismail a.s yang menyerahkan dirinya untuk dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim a.s selepas menerima perintah dari Allah SWT melalui mimpinya.
Allah SWT kisahkan dalam Al Quran perihal dua beranak ini yang luar biasa ketaatannya kepada Allah SWT sehingga sanggup dikorbankan. Ketinggian ketaatan inilah menjadi inspirasi kepada para pejuang agar turut menjadi insan yang patuh dan taat pada segala perintah Allah. Muliakanlah diri dengan berjuang dan berkorban demi menegakkan agama Allah SWT.
Ikhlas dari :
Muafakat Nasional Selangor
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#MuafakatNasionalSelangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan