Home Berita PAS Terengganu

Muafakat Nasional masih kukuh

47
SHARE

ALOR SETAR – Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan Umno di Negeri Kedah masih kukuh berbanding negeri-negeri lain.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, YAB Haji Sanusi Md Noor berkata, dasar parti adalah untuk mengukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

“Masih ok lagi. Alhamdulillah.Kita harap di Terengganu ikut Umno Kedah. Alhamdulillah di Kedah tak ‘nelang’.

“Kita bersedia untuk siapa-siapa merealisasikan hasrat kita. PAS akan mengusai lebih banyak kerusi di parlimen dan negeri-negeri. Tak percaya tunggu.

“Kita ni nak buat penyatuan ummah. Apa sahaja jalan yang menuju ke arah itu kena usahakanlah. Orang mau atau tak mau tu dia punya pasal ,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di kediaman rasmi beliau Sri Mentaloon pada Rabu, 13 Oktober.

Oleh itu, beliau menyifatkan kritikan oleh media adalah ‘asam garam kehidupan’ dan tidak mengganggu dirinya pentadbiran kerajaan.

“Tiada gangguan apa-apa. Biasa sahaja. Saya anggap itu adalah cubaan mengalih isu kerana ini kali kedua PAS jadi MB di Kedah.

“Kebimbangan musuh-musuh politik kita ialah mereka nak hilangkan fokus kita supaya kita tak sempat buat kerja apa dan bila kita berhenti esok ini kita tidak ada apa-apa yang kita nak tinggalkan untuk kedah,” ujar beliau.

Beliau berpesan kepada Ahli dan penyokong PAS, agar akur kepada arahan pemimpin dan taat kepada keputusan dibuat di peringkat pusat.

“Jentera berjalan seperti biasa.Dasar dibuat diperingkat PAS Pusat dan arahan akan diputuskan dari semasa ke semasa. Teruskan istiqamah dengan cara PAS, disiplin sebagai ahli parti.

“Buat kerja lah semua dan mungkin perlu sedikit perubahan pada acara kita berkempen sekarang ini dah tak boleh kempen terbuka mungkin kita kena banyakkan anggenment dengan persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan dengan organisasi lain,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada Ahli PAS agar mengekalkan identiti PAS kerana parti ini telah banyak buktikan perubahan sejak PAS mengambil alih pemerintahan.

“Inilah kelebihan PAS untuk dipasarkan. insyaAllah PAS akan mencapai lebih besar kejayaan akan datang,” tambah beliau.