Home Berita PAS Perlis

MTD Titi Tinggi Anjur Majlis Berbuka Puasa

926
SHARE

PADANG BESAR : Satu majlis berbuka puasa telah dijalankan pada 4 Jun 2017 bertempat di Markas PAS Titi Tinggi yang telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Titi Tinggi.

Antara jemputan yang hadir dalam majlis berkenaan termasuklah YDP PAS Padang Besar, Saudara Kamis B Yob, NYDP PAS Padang Besar, Suhairi B Samsudin, Ketua Pemuda PAS Padang Besar, Rohim B Kamis, Ketua Muslimat PAS Kawasan Padang Besar, Rokiah Omar dan Pengarah MTD Titi Tinggi, Mansor Lebai Nordin.

Majlis berbuka puasa ini telah dihadiri kira-kira hampir 100 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa PAS Kawasan Padang Besar, ahli PAS Kawasan Padang Besar serta masyarakat setempat.

Majlis telah dimulakan dengan bermunajat ke hadrat Ilahi memohon kesejahteraan umat Islam, disusuli dengan acara berbuka puasa dengan buah tamar dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Sejurus selesai menunaikan solat, para hadirin menikmati juadah berbuka yang telah disediakan bersama-sama.

{jathumbnail off}