Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 11 | Hakikat Amal Soleh

535
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 11

Islam: Hakikat Amal Soleh

Maksudnya:
“Amal Soleh ialah amal yang diredhai di sisi Allah Ta’ala. Amal Soleh mesti menepati dua perkara/syarat. Pertama: Hendaklah ianya menepati syariat Islam. Kedua: Hendaklah tujuan amal soleh adalan untuk mencapai keredhaan Allah dan mentaatiNya.”

Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang sentiasa dan setiap waktu berada dalam amal soleh.

Ramadhan merupakan bulan jihad/bulan perjuangan. Jihad merupakan amal soleh yang besar dan tinggi kedudukannya. Namun perjuangan atau jihad tidak akan tergolong dalam amal soleh sekiranya tidak menepati dua syarat di atas

Maka para pejuang hendaklah memastikan setiap gerak kerja dalam perjuangan sentiasa menepati syariat dan ingin mendapat redha Allah serta dalam batasan ketaatan kepada Allah.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor