Home Artikel PAS Perlis

MTD Beseri Prihatin Keperluan Rakyat

675
SHARE

PADANG BESAR: Prihatin dengan keperitan hidup yang terpaksa ditanggung oleh seorang warga emas di sini, Majlis Tindakan DUN Beseri telah mengadakan kunjungan ke kediaman beliau yang terletak di Kampung Semadong, Beseri pada 18 Februari yang lalu.

Beliau yang menderita penyakit strok telah menerima sumbangan berupa kerusi roda, yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah 2 MTD Beseri, Ustaz Azamhari Mohamood.

Turut serta dalam ziarah kebajikan tersebut Ketua Cawangan Semadong, Abdul Basher Ibrahim.

Selain menyampaikan sumbangan, rombongan ziarah tersebut turut mengadakan majlis bacaan doa selamat untuk beliau.