Oleh: Wan Syahirah binti Wan Jafri
KUALA LUMPUR – Sebuah rombongan dari Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Datu Kuala Nerus, Terengganu telah hadir ke Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut untuk lawatan ringkas semalam.
Mereka yang diketuai Mohd Refian Mamat sedang menuju ke Negeri Sembilan dan singgah di pejabat berkenaan dalam perjalanan ke sana.
Rombongan tersebut disambut oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan, Haji Abu Baker Sedek kira-kira jam 9.15 pagi.
Suatu taklimat juga diadakan kepada semua yang hadir berkenaan pentadbiran ibu pejabat tersebut.
Pertemuan ringkas ini juga amat dihargai oleh pihak MPKK Datu Kuala Nerus walaupun dibuat tanpa temu janji.
Ziarah tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama wakil Pejabat Agung PAS dan rombongan berkenaan.