Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

COVID-19 : Setinggi Penghargaan dan Selamat Berbakti buat Para Petugas Kesihatan

797
SHARE

COVID-19 : Setinggi Penghargaan dan Selamat Berbakti buat Para Petugas Kesihatan

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera,

Mengikuti rapat perkembangan jangkitan COVID-19 di negara kita, kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan semalam mengesahkan bahawa jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes.

Sehingga kini, seramai 203 kes masih dirawat di wad dengan lima (5) daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sehingga 14 Mac 2020 juga, sebanyak 1,321 sampel dari pesakit _influenza-like-illness_ (ILI) dan _severe acute respiratory infection_ (SARI) telah diuji di IMR, semua makmal kesihatan awam dan hospital.

Kesemua usaha gigih Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 ini sesungguhnya melibatkan pengorbanan yang tinggi dalam kalangan anggotanya. Samada mereka Pakar atau Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, serta semua yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung, pengorbanan mereka luarbiasa lagi mengharukan.

Justeru, Muslimat Medical Team, Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terimakasih buat kesemua para petugas kesihatan. Didoakan juga, keselamatan dan pemeliharaan Allah sentiasa dalam menjalankan tugas. Semoga Allah swt mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran.

Selamat meneruskan amal bakti demi rakyat Malaysia.

_”…..dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (Al-Maaidah 5:32)_

Seeru ‘ala BarakatiLLah

Dr. Reen Mohd. Amin
Pengarah
Jabatan Muslimat Medical Team
Dewan Muslimat PAS Malaysia
15 Mac 2020