Home Rencana PAS Selangor

Mock Drill JAMNS 2021: tahniah dan terima kasih, semua yang terlibat – Pengarah JAMNS

8
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Tahniah diucapkan buat komandan dan seluruh anggota Jabatan Amal Kawasan Sungai Buloh yang telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan ‘Mock Drill’ JAMNS 2021 dalam Kursus Dalam Jabatan, Latihan Simulasi Bersepadu Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.

Juara ‘Mock Drill’ JAMNS 2021 kali ini telah membawa pulang Piala, sijil penghargaan dan wang tunai RM1 ribu, sementara Naib juara pula di sandang Amal Kawasan Sepang menerima Piala, sijil serta wang tunai RM750.

Manakala Tempat ketiga di sadang oleh Amal Kawasan Puchong yang juga membawa pulang Piala dan sijil penghargaan serta wang tunai RM500, diharapkan hadiah kemenangan tersebut boleh digunakan bagi kos penyelengaraan aset-aset Amal Kawasan mereka.

Setinggi penghargaan terima kasih buat barisan Juri terdiri daripada saf Jurulatih Jabatan Amal Negeri yang diketuai oleh Tuan Mohdd Arbain selaku Pen Pengarah /Ketua Sektor LATIHAN JAMNS, Tuan Hj Mashadi Adie Ketua juri latihan pengendalian boat, Tuan Baharuddin Roz Ketua Juri Madik, Tuan Mu’az Anuar Ketua Juri pengendalian generator, Tuan Kamaruddin Kader Ketua Juri pengendalian Chainsaw dan seluruh Juri pertandingan.

Sekalung Penghargaan dan ucapan tahniah buat Tuan Rizal Hj Mudi selaku Pengarah Program bersama Jawatankuasanya yang telah mengendalikan latihan kali ini dengan baik, Insya Allah saya melihat kepada latihan selain Kursus Asas Amal perlu juga kursus tambahan yang kerap perlu dilaksanakan diperingkat Sektor latihan agar ilmu dan kemahiran anggota Amal sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa bersedia setiap masa.

InsyaAllah, dengan kepimpinan baharu akan datang, saya yakin Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor akan terus berjaya melahirkan seramai mungkin anak muda DNA Beramal Kerana Allah yang berketrampilan dan berkemahiran tinggi di masa akan datang.

Katalog wajah kepimpinan JAMNS yang baharu telah saya persembahkan dan bentangkan kepada bakal pimpinan Pemuda PAS Negeri Selangor, tinggal sahaja mereka pilih yang mana sesuai untuk mengemudi bahtera Amal Negeri ini dengan lebih baik daripada saya dan kepimpinan sebelum ini.

Alhamdulillah, saya senang hati untuk undur diri dari kepimpinan Amal Negeri akan datang bila melihat wajah-wajah gabungan pimpinan otai Tuan Abu Umar, Hj Kang Mashadi dan anak muda permata kesayangan jemaah PAS ini telah bersedia mengemudi dan mengorak langkah seterusnya. Semoga Allah Pelihara seluruh anggota dan kepimpinannya.

Seeru ala Barakatillah

26 September 2021 | 19 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor