Home Rencana PAS Selangor

‘Mock Drill’ Amal negeri Selangor 2021 – Pengarah JAMN Selangor

79
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Ia adalah latihan amaran atau percubaan yang dilakukan oleh mana-mana organisasi untuk mengukur kesiapsediaan seberapa jauh kecekapan dan selamatnya anggota menguruskan situasi kecemasan menggunakan sumber dan asset yang sedia ada serta pengetahuan protokol keselamatan dan kesihatan untuk mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini.

Insya Allah, satu Latihan Mock Drill akan dilaksanakan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor bagi persediaan seluruh jentera Amal Negeri melibatkan anggota dan aset Amal kawasan seluruh negeri Selangor dalam menghadapi apa jua keadaan bencana musim tengkujuh seluruh negara.

Dibawah pengarahan seorang lagi kepimpinan anak muda JAMNS, kami ketengahkan pegawai muda Tuan Rizal Hj Mudi selaku Pengarah Program Mock Drill Amal Negeri Selangor 2021 yang akan diadakan pada 25hb September ini.

Dibuat dalam bentuk pertandingan, peserta akan diuji kemahiran dan pengetahuan dalam mengandalikan setiap Asset seperti bot sampan, enjin bot, chainsaw, water jet, water pump, generator, walkie talkie, Ham, tali penyelamat, dan sebagainya.

May be an image of 2 people, people standing and outdoorsPemenang pertama keseluruhan tahun ini akan menerima hadiah saguhati sebanyak RM1 ribu bagi kegunaan operasi Amal kawasan berserta sijil dan piala pusingan sebagai acara tahunan JAMNS, manakala tempat kedua akan menerima RM750 dan ketiga RM500 beserta sijil dan piala iringan.

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says "JABATAN AMAL MALAYSIA"Diharapkan semua Komandan dan AJK Amal Kawasan dapat melakukan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi bagi menghadapi ujian ini, dan seterusnya jadikan ia sebagai persiapan kita dalam menghadapi apa jua Bencana yang tidak diingini.

May be an image of 3 people and outdoors

Seeru ala Barakatillah buat semua peserta.

18 September 2021 | 11 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor