Home Artikel PAS Terengganu

Misi Wakil Rakyat PAS: Selesai Masalah Rakyat

128 views
SHARE

DUNGUN- Setiap wakil rakyat yang mewakili Parti Islam SeMalaysia(PAS) membawa misi untuk menyelesaikan masalah rakyat walaupun pelbagai kekangan terpaksa dilalui.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata diantaranya ketiadaan peruntukan.


“Bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) pembangkang yang disekat peruntukan, malah peruntukan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang juga dinafikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional”, ujar Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun itu.

Ustaz Wan Hassan memberitahu demikian ketika berucap di Majlis Bantuan Nelayan bertempat di Surau Pak Malik, Seberang Pintasan, disini pada jumaat, 2 Februari yang lalu

“Walaupun tanpa peruntukan, kita tetap berusaha mengumpul dana daripada sumbangan di surau-surau dan sebagainya untuk bantu rakyat marhaen walaupun sedikit” tambah beliau.Seterusnya beliau berharap agar para nelayan mampu menilai kesungguhan wakil-wakil rakyat PAS membantu terutamanya disaat-saat sekarang mereka tidak dapat turun ke laut disebabkan cuaca tidak mengizinkan.

Di majlis anjuran bersama Jawatan Kuasa Parlimen dan Lajnah Kebajikan DUN Rantau Abang itu, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun, turut menyampaikan sumbangan kepada 200 orang nelayan yang tinggal di Seberang Pintasan