Gotong-royong hijaukan bumi Segambut dengan bendera Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjalan dengan jayanya semalam.
Seramai hampir 40 orang yang hadir terdiri dalam kalangan remaja, pemuda, muslimat, ulamak dan turut bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Soleh bin Abdul Razak (Penyelaras Parlimen Segambut) untuk membantu kerja-kerja memasang bendera di sekitar Kg.Sungai Penchala.
Sepanjang proses pemasangan bendera, ramai masyarakat setempat yang datang membantu untuk naikkan bendera di sekitar Kg Sg Penchala. Hal ini terbukti bahawa makin ramai masyarakat bersama-sama menyokong Parti Islam Se-Malaysia PAS di sekitar Segambut PRU 14 kali ini.
Proses-proses dan gerak kerja oleh jentera-jentera PRU 14 P117 Segambut diteruskan sehinggakan hari membuang undi.
#sejahterabersamaislam
#P117segambutsejahtera
#undilahPAS
#PASpilihankami
#budayapolitikmatangsejahtera