Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Misi Bantuan Kemanusiaan Palu Berlepas Hari Ini

4466
SHARE

Sepang, 22 Oktober : Misi Bantuan Kemanusiaan Palu akan berlepas hari ini sekitar jam 1.30 tengah hari dari KLIA. Delegasi kali ini diketuai oleh Timbalan Pengarah PASRelief merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh.

Seramai 27 orang anggota delegasi yang terdiri daripada NGO Geng Ustaz, Azhar Care, MediCom, Syabab Care, Asatizah Utara dan banyak lagi.

Jumlah kutipan daripada PASRelief, DMPM, DMP Wilayah Persekutuan dan Geng Ustaz sebanyak RM 121,579.50 telah diserah untuk menguruskan pembelian barangan bantuan di sana dengan kerjasama para sukarelawan Makassar serta NGO IKADI.

Rombongan kali ini bertujuan untuk memberikan bantuan dari segi keperluan asas serta perubatan kepada mangsa bencana Sulawesi yang masih terselamat.

Misi Kemanusiaan Palu 2.0 dijangka pulang 26 Oktober ini.