Home Berita PAS Wilayah

Minum Hi-Tea Kutip Dana PRU-14 PAS Setiawangsa Meriah.

805
SHARE

SETIAWANGSA, 11 November – PAS Setiawangsa telah menganjurkan program minum Hi-Tea dalam usaha mendapatkan dana bagi PRU 14 di Surau Al – Ansar, Taman Seri Rampai petang tadi.

Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama BPPWP telah berjaya mengumpulkan sekitar 150 pendokong dan penyokong PAS khususnya PAS Wilayah Perseketuan, turut disertai Pimpinan PAS Pusat , PAS Wilayah Perseketuan dan PAS Kawasan.

Majlis ini dirasmikan oleh Naib Presiden PAS , YB Ustaz Hj Idris Ahmad, turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Perseketuan, Tn Hj Mohammad Nor.

Menurut Yang Dipertua PAS Setiawangsa, Hj Abd Halim Hassan yang juga TPJ 2 PAS Wilayah Perseketuan , program ini penting untuk mengumpul dana PRU 14 kerana ianya memerlukan kos yang besar dalam pilihanraya dan juga untuk program kebajikan kawasan.

Dalam ucapan aluannya, Pesuruhjaya PAS Wilayah Perseketuan, Tn Hj Mohammad Nor menjelaskan budaya politik BPMS yang diamalkan oleh PAS terserlah dalam misi bantuan banjir di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru menampak keikhlasan PAS dalam perjuangannya.

Naib Presiden PAS , YB Ustaz Hj Idris Ahmad, dalam ucapan perasmiannya menerangkan perjuangan PAS yang menyeluruh di lapangan masyarakat hingga ke peringkat Parlimen agar pengurusan negara dilakukan secara adil , melakukan amar makruf nahi mungkar mengikut syariat Islam.

“ Dengan Islam , kita semua akan selamat. Degan Islam , orang Melayu selamat. Dengan Islam, orang Cina akan selamat. Dengan Islam , Orang India akan selamat. Dengan Islam , Orang Sikh akan selamat,” Tambah beliau.

Pelbagai menu menarik dihidangkan seperti Laksa Kelantan, Laksa Penang, Mee Goreng, Mee Hon, Kuih-Muih dalam majlis tersebut juga memeriahkan lagi program disamping merapatkan ukhuwwah dikalangan ahli jemaah pendokong dan penyokong PAS semasa menjamu selera.

-Jabatan Penerangan PAS Setiawangsa-