Home Rencana PAS Johor

Mi segera perisa daging babi : Penganjur perlu peka sensitiviti Umat Islam

134
SHARE

Firman Allah S.W.T :

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ.

Mafhumnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawwa), kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali (untuk mengambil sesuatu yang baik dan benar). Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Teliti.

Surah Al-Hujurat : 13

Di dalam ayat di atas Allah S.W.T menjelaskan asal usul penciptaan manusia adalah sama. Semua manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam A.S dan isterinya Hawwa’ A.S, kemudian manusia berkembang biak menjadi pelbagai bangsa dan suku dengan kepercayaan dan agama yang berbeza.

Islam mengajar umatnya agar sentiasa menghormati orang lain sama ada yang beragama Islam mahu pun yang bukan Islam. Elakkan daripada mewujudkan provokasi atau membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat lain di samping mencontohi kebaikan yang dibawa oleh masyarakat tersebut.

Kesemua ini adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera sebagaimana yang menjadi keutamaan di dalam Islam.

Tindakan mengagihkan makanan mi segera perisa daging babi secara terbuka kepada semua penderma darah adalah suatu yang SANGAT DIKESALI. Pihak penganjur seharusnya lebih peka dan berhati-hati dalam menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama.

PAS Johor menggesa agar semua pihak lebih berhati-hati pada waktu akan datang dan bukan sekadar memohon maaf setelah ianya berlaku, namun kewaspadaan amatlah diperlukan. Semoga perkara seumpama ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

‘Islam Menyatukan Ummah’

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

29 Zulkaedah 1443
29 Jun 2022