Home Berita PAS Sabah

Kejohanan BSBJ PASTI Sepanggar mengeratkan ukhuwah

130
SHARE

Oleh : Nur Uraifah Shah
29 Jun 2022

KOTA KINABALU: PASTI Sepanggar telah mengadakan Karnival Sukan sempena Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring (BSBJ) di Borneo Sport Arena, Kolombong, di sini pada Sabtu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Hendri Hamsah, aktiviti sukan sememangnya sinonim dengan program kesihatan bahkan dengan sukan yang bersifat santai juga dapat menghasilkan komunikasi yang berkualiti di kalangan ibu bapa, guru serta pelajar dan secara tidak langsung boleh mengeratkan ukhuwah.

“Semoga anak-anak mampu untuk ke peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Diharapkan juga bahawa anak-anak ini gembira dengan aktiviti mereka yang telah disediakan,” ujarnya ketika merasmikan kejohanan.

Johan bagi acara bola sepak telah dimenangi oleh PASTI As-Solihin, Putera Jaya. Adik Mohammad Asyraf Abdullah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak, yang merupakan pelajar daripada PASTI As-Solihin, Putera Jaya.

Manakala johan bola jaring pula, telah dimenangi oleh PASTI AL Khalifah Kids, Taman Putera Perdana. Adik Dhia Jannah Batrisyah Jannatin telah dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala Adik Nur Rizwana Mahizin penjaring terbanyak, kedua-duanya merupakan pelajar daripada PASTI Al Khalifah Kids, Taman Putera Perdana.

Sebanyak 13 PASTI Sepanggar telah bertanding dalam kejohanan itu. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Sepanggar merangkap Pengerusi PASTI Sepanggar, Muhammad A Norddin.