Home Berita PAS Wilayah

Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Batu, Medan Muhasabah

769
SHARE

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-34
Pemuda PAS Kawasan Batu

Alhamdulillah pagi ini telah berlangsung satu program wajib tahunan yang penting bagi Pemuda PAS Batu, iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Program ini adalah satu medan koreksi dan muhasabah pergerakan pemuda sepanjang sesi 2018-2019.

MAT yang diadakan di Sekolah Rendah Integriasi Teras Islam (SRITI) Batu Muda ini telah dirasmikan oleh YBhg Ustaz Hazmi Dibok, EXCO Pemuda PAS Malaysia. Beliau telah menghuraikan Perutusan Khas Presiden PAS bersempena Muktamar Tahunan Kawasan² dan Dewan² bagi memberi pencerahan kepada para perwakilan dan pemerhati.

Dalam majlis penuh gilang gemilang ini juga, Ustaz Hazmi telah sudi untuk merasmikan SRITI Batu Muda yang telah beroperasi pada Januari 2019. Selain itu, beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada penerima seperti Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Pemuda Al-Jiil Al-Manshood dan Anugerah Lajnah Terbaik.

MAT Pemuda PAS Batu ini telah berjalan dengan lancar. Para perwakilan telah memainkan peranan masing² dengan sebaiknya. Tahniah diucapkan kepada pucuk pimpinan yang telah dipilih oleh para perwakilan untuk mengemudi Pemuda PAS Batu bagi sesi 2019-2021:

Ketua : Ustaz Mohd Norhan Hamsi

Timbalan Ketua : Sdr Mohd Eikhwan M. Ali

Naib Ketua : Ustaz Mohamad Azharuddin Mohamad Ali

Turut hadir dalam MAT ini adalah jemputan daripada guru² PASTI Kawasan Batu dan guru² SRITI Batu Muda, pemerhati daripada PAS Kawasan Batu, Hj Hishamudin Ghazali, pemerhati daripada Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Zulfikar dan Ust Rijaluddeen serta Ust Md Ali Jamil selaku pengendali Jawatankuasa Pemilihan.