Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
SUNGAI BULOH, 10 Oktober – Pagi ini telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan-Dewan dibawah PAS Kawasan Sungai Buloh yang diadakan di dua lokasi berbeza.
PAS Kawasan Sungai Buloh mengucapkan tahniah kepada Dewan-Dewan yang berjaya melaksanakan agenda yang termaktub di dalam perlembagaan PAS.
“Penting mesyuarat setahun sekali ini dilaksanakan supaya ‘check anda balance’ dapat dilaksanakan dengan subur serta merancang pelbagai kaedah untuk menjayakan agenda PAS diperingkat kawasan”, jelas PAS Sungai Buloh.
Menurut PAS Kawasan Sungai Buloh, terdapat sedikit kelainan pada mesyuarat kali ini, ianya diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal dan maya bagi memenuhi peraturan baru yang diarahkan selari dengan Fasa 3 Pemulihan Negara.
PAS Kawasan Sungai Buloh turut merakamkan ucapan takziah dan tahniah kepada yang dilantik untuk sesi 2021-2023. Semoga taklifan ini mampu memacu perubahan dan kecemerlangan selari dengan konsep Islam Memimpin dalam sebuah Keluarga Malaysia.
Sirru ala barakatillah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor