Home Berita PAS Wilayah

Mesyuarat Agung Pemuda PAS Wangsa berlangsung secara hybrid

52
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 11 Okt: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Oktober yang diadakan secara hybrid.

Kehadiran ahli jawatankuasa ialah secara fizikal di Pejabat PAS Kawasan Wangsa Maju, manakala semua perwakilan mengikuti perhimpunan tahunan berkenaan secara atas talian.

Menurut ketuanya, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, langkah itu berikutan kapasiti maksimum kehadiran yang dibenarkan ialah hanya 50 orang untuk menghadiri mesyuarat berkenaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jika sebelum ini kehadiran perwakilan mencecah sehingga 100 orang, namun memandangkan kita masih dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 3, jadi kami mengambil inisiatif dengan mengehadkan jumlah kehadiran,” jelasnya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Nur Azmi Yusof dalam ucapannya menjelaskan bahawa rekod PAS membuktikan parti itu bukan sahaja mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, malah Pemuda PAS Wangsa Maju telah bersiap sedia menghadapi PRU-15 dan memenangkan PAS di Parlimen Wangsa Maju.

Dalam mesyuarat ini juga, pemilihan ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju bagi sesi 2021-2023 telah diputuskan dengan jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda kekal disandang oleh kepimpinan yang dilantik sebelum ini.

Masing-masing ialah Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali, Muhamad Nur Azmi Bin Yusof dan Mahfuzan Gaddafi Bin Mahmud.

Lapan orang ahli jawatankuasa yang dilantik pula ialah Ahmad Zulhelmi Bin Ahmad Kamal, Beyhaqi Bin Ramli, Muhammad Hakim Bin Hashim, Muhd Syazwan Syamil Bin Mohd Razman, Muhd Izzuddin Bin Hamidan, Muhammad Izzat Bin Mohd Yusoff, Ahmad Zikri Amin Bin Yazid dan Arif Aizuddin Bin Mohd Sa’ad.