Home Berita PAS Terengganu

Mesyuarat Agung: Peluang Lonjakan Imej PAS.

1313
SHARE

DUNGUN – Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan yang diadakan setiap tahun oleh organisasi PAS di semua peringkat adalah peluang terbaik untuk melonjakkan imej Parti Islam SeMalaysia(PAS).


Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nooraini Hussin berkata inilah peluang bermuhasabah untuk menambahbaik baik dan membina parti menjadi semakin maju sehingga organisasi parti menjadi terbilang di persada politik Malaysia.


“Maksudnya orang nampak bahawa PAS itu satu organisasi yang boleh memerintah negeri dan juga negara”, ujar beliau ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun kali ke 37 di Dewan Besar Darul Bayan, Paka pada 3 Mac.


Timbalan Ketua Muslimat PAS Selangor itu juga mengingatkan para perwakilan dan pemerhati yang hadir supaya menyedari setiap teguran adalah untuk kebaikan PAS, bukan hanya untuk kebaikan diri sahaja.

“Kita kena ingat PAS tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan PAS sebagai bahtera yang sama-sama belayar menuju yang akhirnya Mardhotillah”, tambah beliau lagi.

Sebelum itu, Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokhti mengajak muslimat yang hadir menghayati sirah-sirah, sebagai motivasi untuk bekerja di dalam jemaah Islam ini.

Beliau juga berharap Ameerah  memonopoli capaian jalur lebar kepada sasaran dengan satu pos dapat menarik beribu-ribu pembaca.

“Cukuplah kita berselfie, hantar resepi-resepi, tetapi kita guna fb, Twitter, Instagram, WhatsApp untuk perjuangan kerana kita tidak mampu melawan arus penyampaian, dia masuk dalam rumah kita melalui tv, kita tak sampai”, katanya lagi.

Ustazah Khairiah juga menyeru agar muslimat bekerjalah walaupun di mana berada sebagai agen parti dan menggunakan kemudahan yang ada untuk Islam.

“InsyaAllah, dengan kerja yang kita lakukan, dengan munajat kita,kebergantungan kita kepada Allah, Allah tidak akan mensia-siakan doa kita”, ujar  beliau, mengakhiri ucapan.

Ustazah Nooraini yang ditemui selepas majlis tersebut memuji jentera pilihanraya Muslimat Terengganu di semua peringkat yang setiap hari bergerak melaksanakan gerakkerja pilihanraya.

“……. Terengganu….Isteri YB yang turun sama-sama dengan jentera….makna dia bukan kata VIP ke tidak, tapi dia turun sama-sama dengan jentera, maknanya merancang dan buat gerak kerja. Jadi itulah satu perkara yang nampak satu kekuatan yang ada pada Terengganulah” jelas beliau.

Sempena mesyuarat agung tersebut juga, diadakan Pelancaran Ameerah Riders Team(ART) manakala majlis juga turut dihadiri, ketua Penerangannya, Hajah Maznah Muftahuddin yang mewakili DMPNT.