Home Artikel PAS Selangor

ADUN Gombak Setia Terima Kunjungan Artis Maharaja Lawak

1,120 views
SHARE

Gombak : Hari ini ADUN Gombak Setia, YB Ust Hasbullah Ridzwan menerima kunjungan artis terkenal, Abam Bocey.

Beliau yang merupakan penduduk Batu 10 hadir menyampaikan beberapa aduan dan permasalahan untuk diselesaikan.

Menurut YB Ust Hasbullah, beliau mengharapkan pertemuan sebegini dapat menjalinkan hubungan baik antara penduduk dan wakil rakyat.

“Alhamdulillah, pihak kami sangat berbesar hati atas kesudian dan kelapangan yang telah diluangkan walau masing-masing dalam kesibukan”, ujar beliau lagi.

Dalam pertemuan ringkas ini Abam Bocey turut berkongsi kisah kehidupan beliau sebelum menjadi artis.