Home Berita PAS Selangor

Mesej ibu bapa pelajar membuat guru-guru SRITI Al Falah tersentuh hati.

2322
SHARE

22 November 2019 AMPANG : Petang itu seusai tamat majlis Ihtifal, kami menerima mesej di aplikasi whatapps dari salah seorang ibu bapa pelajar SRITI AL Falah.

Penat dari semalam untuk persiapan majlis Ihtifal sehingga sesi mengemas selepas majlis Ihtifal sebentar tadi pun tak habis lagi.

Kebetulan hujung minggu di akhir minggu persekolahan ini banyak program & mesyuarat bersusun untuk di ikuti, dan diselesaikan.

Tiba tiba dapat mesej istimewa ini yang membuatkan rasa penat hilang sekali gus, perasaan berbaur gembira, terharu, sebak, rindu dan pelbagai lagi yang sukar di ungkapkan.

Tiada lagi kegembiraan buat para guru dan pengurusan SRITI selain mendapat redha Allah dan bila mendapat kepercayaan, kepuasan dan ucapan terima kasih dari ibu bapa yang merasakan kesan didikan terhadap anaknya yang menuntut di SRITI Al Falah, Ampang sejak setahun lepas.

Semoga usaha kami dalam ‘Mendidik Generasi Robbani Murobbi’ terus diberi sokongan dan berhasil seperti mana visi dan misi tertubuhnya SRITI di Malaysia amnya dan di Ampang khususnya.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang komited dan serius dalam memastikan pendidikan anak dapat membentuk generasi robbani murobbi.

Terima kasih kepada semua guru yang berdedikasi.

Salam Jumaat.
Selamat bercuti sekolah.

Dari kami,
Pengurusan
SRITI Al Falah, Ampang

USTAZ BUNYAMIN : 013-2728300
PEJABAT : 01111414106

Jom tolong Like & Share cerita SRITI ni sebagai tanda sokongan kepada pendidikan Islam untuk generasi akan datang.