Home Berita PAS Perak

Meriahkan Bulan Kebangsaan dengan 10 ribu langkah merdeka

82
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 29 Ogos : Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan program 10 000 Langkah Merdeka bertempat di Surau Kampung Pisang, Batak Rabit di sini, semalam.

Program ini yang menyasarkan peserta seramai 100 orang penduduk setempat telah berjaya mencapai sasarannya dengan penglibatan daripada pelbagai peringkat umur.

“Penjajah bukan sekadar menjajah kita secara fizikal, (malah) menyebabkan minda rakyat Malaysia turut sama dijajah,” kata Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Rafiei ketika berucap pada program tersebut.

Katanya lagi, “Kita perlu merdeka jiwa dan mental dan kembali kepada nilai hidup Islam yang sebenar untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan diredhai Allah SWT.”

Acara ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan senaman memanaskan badan sebelum memulakan 10 ribu langkah merdeka dalam anggaran jarak 5 kilo meter perjalanan.

Bendera dan risalah tokoh kemerdekaan tanah air diedarkan kepada setiap penduduk yang ditemui dan berakhir di Unit Daerah Mengundi (UDM) Batak Rabit sekitar jam 9.30 pagi.

Setelah semua peserta tiba, Nyanyian lagu Asmaul Husna, NegaraKu dan Lagu PAS dikumandangkan dan diakhiri dengan hadiah cabutan bertuah dan jamuan.

Turut hadir, Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas, Ketua Jprp Muslimat, Hamisah Abas, serta ahli jawatankuasa yang lain.