Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Merdeka dan Hijrah Dari Dijajah Idealogi Bukan Islam

907
SHARE

SELAMAT Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 62 Dan Salam Maal Hijrah 1441 H.

Marilah kita menghayati erti merdeka yang hakiki dengan membebaskan diri dari dijajah oleh ideologi bukan Islam. Justeru, umat Islam perlu berhati-hati dengan strategi musuh yang sentiasa berusaha merancang pelbagai bentuk penjajahan.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120 bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.

Juga bersempena Sambutan Maal Hijrah pada kali ini, ayuh kita bersama-sama menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik semata-mata kerana Allah S.W.T.

Sesungguhnya, hijrah menuntut para pejuang meletakkan keutamaan dalam kerja-kerja jihad untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.

Tiga amalan penting dalam berhijrah:
1. Cinta kepada Allah. 
2. Takutkan azab Allah. 
3. Bersama barisan para ulama’ rabbani dalam sof perjuangan.

“Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”
“Negara Rahmah Ummah Sejahtera”

Ikhlas daripada,

USTAZAH ANA MASTURA ISMAIL
Pengerusi Lajnah ‘Alimat Dan Pembangunan Keluarga (LAPK),
Dewan Ulamak PAS Pusat