Home Kenyataan Media PAS Wilayah

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

391 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
PAS Wilayah Persekutuan
 
MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
 
PAS Wilayah Persekutuan merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.
 
PAS Wilayah Persekutuan juga menzahirkan iltizam untuk terus mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini sesuai dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Negara yang menjadi lambang kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara.
 
Sempena hari pertabalan Baginda pada hari esok, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Wilayah Persekutuan supaya sentiasa mendoakan semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah serta kesihatan dan keselamatan kepada Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
 
Sekian.
 
“Islam Memimpin Perpaduan”
 
AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
 
Tarikh :
Isnin, 29 Julai 2019 | 25 Zulkaedah 1440H