MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Daulat Tuanku!
Patik mewakili saff kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.
Besar harapan Muslimat PAS agar Yang Di Pertuan Agong akan terus mempertahan Institusi Raja Berperlembagaan di negara ini; sesuai dengan kedudukan sebagai Ketua Negara yang menjadi lambang kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan sesebuah negara.
Sempena pertabalan ini, Muslimat PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan taufik dan hidayah serta kesihatan dan keselamatan.
Hari ini, Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara dengan berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Semoga tuanku diberi kekuatan dan dilanjutkan usia untuk memimpin negara. Daulat tuanku!
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
30 Julai 2019 | 27 Zulkaedah 1440H