Home Kenyataan Media PAS Kedah

Menyokong tindakan Negeri Kedah ke arah sifar industri perjudian dan menghadkan penjualan arak secara terbuka

130
SHARE

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang medianya hari ini telah menyatakan Kerajaan Negeri Kedah tidak akan memberi kelulusan terhadap lesen premis perjudian dan menghadkan jualan arak secara terbuka pada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri ini.

Sehubungan itu saya menegaskan dan menyokong penuh tindakan  yang dibuat oleh pihak Kerajaan Kedah ke arah negeri sifar judi sebagai memenuhi tuntutan agama Islam serta mencontohi langkah kerajaan Kelantan dan Terengganu dalam isu mengharamkan industri  ini lebih awal sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran  kedua-dua negeri Pantai Timur tersebut.

Saya juga merakamkan penghargaan atas usaha kerajaan Negeri Kedah yang tegas dalam menghadkan jualan arak kerana ianya adalah diharamkan ke atas orang Islam kecuali  untuk kegunaan kaum bukan Islam sahaja. Ini menggambarkan sikap toleransi Kerajaan yang menghormati serta meraikan kepelbagaian agama dan  kaum yang ada di negeri ini.

Saya yakin dan percaya umat Islam yang berada di negeri ini akan sentiasa berdiri teguh dibelakang ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah demi menjaga maslahat ummah memandangkan aktiviti tidak sihat ini hanya membawa kesan negatif serta mengundang kerosakan kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Allah SWT berfirman:

‘ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ‘

‘…Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya,’

(Sebahagian Surah Ali Imran: 159).

“اسلام مڽاتوكن امة”

YB Senator Dato’ Haji Ahmad Yahaya

Ahli Dewan Negara