Bukit Merah, 20 Mei 2018: MENYEDIHKAN! Itulah realiti penduduk beberapa buah rumah di Batu 2, Kg Changkat Lobak , Bukit Merah.
Masalah rumah yang ditenggelami air ini sudah berlarutan sekian lama.
Berikutan daripada masalah ini, “Setiap kali hujan kami semua akan bersiap sedia untuk mengangkat barangan dan pakaian ke tempat yang lebih tinggi” kata salah seorang mangsa.
Kejadian ini berpunca daripada sistem saliran perparitan yang kurang baik dan tidak diselenggara dengan sempurna.
Harapan penduduk agar perkara ini dapat diselesaikan segera memandangkan umat Islam akan menayambut Syawal tidak lama lagi.
Keluhan ini mendapat perhatian YB Haji Razman Zakaria (ADUN Gunong Semanggol) yang turun ke kawasan kejadian bagi mendengar dan melihat sendiri apa yang membelenggu penduduk kampung berkenaan.
“Saya akan bawa perkara ini ke Dewan agar dapat diselesaikan dan tindakan akan dibuat oleh pihak yang berwajib” kata YB Haji Razman Zakaria.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung bagi meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa ketika ini.