Home Kenyataaan Media PAS Perak

Menyediakan Belia Negara Sejahtera

737
SHARE

Menyediakan Belia Negara Sejahtera


“Aku wasiat-amanatkan kepadamu terhadap pemuda-pemuda (angkatan muda) supaya bersikap baik terhadap mereka. Sesungguhnya hati dan jiwa mereka sangat halus. Maka sesungguhnya Allah mengutus aku membawa berita gembira, dan membawa peringatan. Angkatan mudalah yang menyambut dan menyokongku, sedangkan angkatan tua menentang dan memusuhi aku. Lalu Nabi membaca ayat Allah yang berbunyi: “Maka sudah terlalu lama waktu (hidup) yang mereka lewati, sehingga hati mereka menjadi beku dan kasar”.

Besarnya harapan dan pandangan Rasulullah SAW terhadap belia. Belia merupakan generasi yang penting dalam ketamadunan. Keimanan yang tinggi dalam jiwa belia menjadi teras utama kegemilangan negara. Sejarah melihatkan betapa Islam telah disuburkan dengan jiwa-jiwa belia yang beriman. Lihat sahaja Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud yang dititip Allah dalam firmanNya, begitu juga kisah para sahabat, malahan sejarah pembukaan Konstantinople, semuanya dari jiwa belia yang beriman kepada Allah.

Kita berdepan dengan dunia fitnah yang mencabar. Serangan pemikiran juga sogokan hedonisme turut menjadi ancaman. Pemuda kini perlu mengharungi rintangan dalam mencetak belia yang berani berkata benar selari FirmanNya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (S. Al-Kahfi: 13-14)

Mahasiswa merupakan belia intelek pemimpin masa depan negara. Pembentukan negara sejahtera bermula dari kepimpinan Al-Qawiy dan Al-Amin dikalangan belia. Mahasiswa kini harus bangkit dari kelekaan kafe, kuliah dan katil semata-mata.

Bangkitlah belia melakukan anjakan paradigma. Ayuh mara menuju cita dan membina sebuah negara yang sejahtera. Semoga kita seiring di syurgaNya.

-Selamat Hari Belia-

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah”

HAFEZ SABRI
(Timbalan Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Perak
Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia)

19 Syaaban 1438H
15 Mei 2017

{jathumbnail off}