Home Kenyataaan Media PAS Perak

Bingkisan Istimewa Buat Warga Pendidik Sempena Hari Guru 2017

355 views
SHARE

Bingkisan Istimewa Buat Warga Pendidik Sempena Hari Guru 2017

Sesungguhnya ilmu akan memandu kehidupan manusia untuk menilai setiap tindakan dan pelaksanaan sama ada berada di atas landasan yang sebenar atau sebaliknya. Oleh yang demikian , tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu bahkan perlu mendidik anak-anak menjadi insan yang terbaik.

Justeru , posisi guru dalam melahirkan legasi generasi berkualiti begitu penting dan bermakna .Sepertimana Rasulullah SAW seorang tokoh guru bahkan layak dinobatkan sebagai murabbi sentiasa membentuk akhlak para sahabat disamping tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Islam.

Kesabaran mendidik , keikhlasan mentarbiah , ketekunan menyampaikan ilmu bermanfaat , kesanggupan menerima segala kekurangan diadun sebati dalam jiwa seorang guru sehinggakan lahir tokoh-tokoh hebat.

Pembukaan Kota Konstantinopel juga adalah hasil didikan seorang guru dan pendidik hebat dan menatijahkan impak besar dalam sejarah Islam yang kekal sehingga hari ini. Nama Sultan Muhammad Al-Fatih kekal menjadi perintis anak muda hebat dengan sejarah yang tersendiri.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan ucapan Selamat Hari Guru juga sekalung penghargaan buat seluruh guru-guru khususnya di Perak terutamanya buat guru PASTI dan SRITI. Terima kasih warga pendidik mencurahkan ilmu komited mendidik anak bangsa membumikan pengetahuan.

Semoga sesiapa sahaja yang bergelar guru , murabbi, pendidik dan seumpamanya akan terus memberikan bakti kepada anak bangsa . Menghidangkan ilmu yang bermanfaat untuk umat dan melebarkan lembayung kefahaman untuk masyarakat mengenali tanggungjawab dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Inshaallah kita bersama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah”
“Guru Pembina Negara Bangsa”

Mohd Akmal Hj Kamarudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

19 Syaaban 1438H / 16 Mei 2017

{jathumbnail off}