Home Berita PAS Selangor

Menyantuni anak muda Sungai Buaya – DPPK Hulu Selangor

156
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

SUNGAI BUAYA, 25 Oktober – Barisan Pimpinan Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor sesi baru telah turun ke Medan Selera Sungai Buaya untuk menyantuni anak muda Sungai Buaya pada waktu malam selepas Isyak dan adakan sesi saling perkenalan antara mereka.

Kata Ketua Pemuda “Sungai Buaya ini dilihat ada potensi yang besar dan mempunyai Pemuda yang ramai dalam menggerakkan Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor”.

Alhamdulillah turut bersama juga anak muda yang berumur 18 tahun. Antara tujuan pertemuan ini adalah mewujudkan keluarga Pemuda Hulu Selangor bagi mengukuhkan tautan ukhwah antara cawangan-cawangan.

Katanya lagi “Kita akan buat program bersiri dan kita boleh kenal di kawasan sekitar Hulu Selangor.

Pemuda PAS Hulu Selangor berharap anak muda ini dapat menyokong inspirasi untuk kita Pemuda PAS Hulu Selangor. Semoga pertemuan ini, Allah mengukuhkan lagi tautan ukhwah antara pemuda.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor